News & Articles Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar

Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar


8 Nov 2024
Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar
KUALA LUMPUR: Keputusan yang bijak bagi pembeli rumah pertama adalah untuk membeli hartanah apabila tawaran harga yang diterima adalah munasabah dan berbaloi dengan keadaan kewangan.

Menurut Pengarah Perkhidmatan Penilaian, Rahim & Co International Sdn Bhd. Sr Mohamad Alhafiz Farouk, pembeli tidak perlu menunggu masa yang "sempurna" atau keadaan ekonomi yang ideal, kerana harga yang baik adalah lebih penting dalam membuat keputusan membeli hartanah.

"Ramai yang terpengaruh dengan pendapat bahawa kadar faedah yang tinggi, seperti kenaikan kadar polisi semalaman (OPR) menghalang mereka daripada membeli rumah.
"Namun, ramai yang tidak memahami bahawa pinjaman perumahan bukanlah jangka pendek di mana ia biasanya berlangsung antara 30 hingga 35 tahun.

"Dalam tempoh tersebut, kadar OPR akan mengalami naik turun, dan perubahan ini tidak akan memberi kesan besar terhadap keseluruhan pinjaman," kata Alhafiz.

Beliau berkata demikian dalam program Niaga AWANI pada Khamis.

Beliau juga berkongsi bahawa membeli rumah pada usia muda memberikan banyak kelebihan dari segi kewangan jangka panjang.

"Jika individu membuat pinjaman pada umur 25 tahun, dia berpeluang untuk memohon pinjaman dengan tempoh pembayaran maksimum 35 tahun.

"Ini bermakna harga rumah tersebut akan dibayar sepanjang tempoh 35 tahun, menjadikan ansuran bulanan lebih rendah dan mudah diuruskan dengan bayaran ansuran bulanan mungkin hanya sekitar RM1,500," katanya.

Tambahnya, teknologi juga memainkan peranan penting dalam memudahkan pembeli membuat keputusan.

Semua maklumat berkaitan hartanah kini berada di hujung jari dengan pelbagai laman web, pembeli boleh menyemak harga rumah, lokasi, dan kemudahan di sekitar.

Source: astroawani.com

Latest Posts
  • Land in Sungai Pinang for LRT station never intended for housing development, says Chow

  • Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025