News & Articles 23 Projek Rumah Mampu Milik Akan Dibina Menerusi RMK-12

23 Projek Rumah Mampu Milik Akan Dibina Menerusi RMK-12


18 Sep 2024
23 Projek Rumah Mampu Milik Akan Dibina Menerusi RMK-12
LABUAN, 17 Sept (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan sekurang-kurangnya 23 projek rumah mampu milik (RMM) baharu di bawah Program Residensi Rakyat (PRR) dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).

“Sebaik siap, unit baharu ini akan memberikan kemudahan yang lebih baik dan menyumbang kepada matlamat kementerian yang lebih besar untuk menyediakan 500,000 unit RMM di bawah RMK12,” katanya yang ditemui pada program Sentuhan Kasih KPKT Labuan - Pemberian Kunci Kepada Penerima PRR Batu Arang di sini hari ini.

Beliau berkata inisiatif RMM (untuk B40 dan M40) sedang dilaksanakan melalui beberapa agensi utama termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perumahan PR1MA.

Beliau Berkata setakat ini, 166 projek perumahan membabitkan 104,081 unit telaj disiapkan di seluruh negara.

"Selain itu, 16 projek melibatkan 5,823 unit rumah sedang dibina," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan 204 projek PRR termasuk dalam fasa perancangan telah memberi manfaat dan akan terus memanfaatkan 117,171 keluarga daripada golongan B40.

“Pelaksanaan projek perumahan ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk menyediakan perumahan mampu milik dan mampan kepada masyarakat berpendapatan rendah.

“Di pusat bandar seperti Lembah Klang, dengan kemampuan memiliki rumah menjadi kebimbangan utama, KPKT bekerjasama rapat dengan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) untuk memastikan golongan B40 mempunyai akses kepada RMM,” katanya.

Beliau juga menekankan peranan penting kerajaan negeri dalam menyediakan tanah untuk pelaksanaan projek PRR.

Source: Bernama.com

Latest Posts
  • Land in Sungai Pinang for LRT station never intended for housing development, says Chow

  • Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025