News & Articles 50 resort, chalet berisiko di Negeri Sembilan

50 resort, chalet berisiko di Negeri Sembilan


14 Aug 2024
50 resort, chalet berisiko di Negeri Sembilan
SEREMBAN: Kerajaan negeri Negeri Sembilan mengesan kira-kira 50 resort dan chalet yang beroperasi di negeri ini mempunyai risiko dari segi keselamatan kerana berada di kawasan berbukit dan lereng bukit.

Sebanyak 40 daripadanya terletak dalam kawasan Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar berkata, pihaknya bimbang dengan situasi berkenaan kerana ia boleh menjejaskan keselamatan pengunjung.

“Bangunan yang didirikan tanpa kebenaran di kawasan berisiko tinggi seperti di lereng bukit akan berhadapan dengan pelbagai kemungkinan terutama ketika keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Kerajaan negeri sebelum ini telah bersetuju supaya PBT melakukan pemutihan terhadap semua resort atau chalet yang beroperasi tanpa kebenaran.

“Justeru itu, tindakan proaktif perlu diteruskan untuk memastikan semua tempat penginapan berkenaan selamat dan bebas daripada sebarang risiko,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pemutihan Pembinaan Resort/Challet di sini, hari ini.

Arul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai berkata, tindakan lebih tegas ini perlu diambil untuk memastikan setiap premis yang dikunjungi orang awam adalah selamat.

“Ini termasuk juga tapak perkhemahan di mana pengusaha dikehendaki membuat permohonan kepada pihak berkuasa tempatan sebelum 31 Disember 2024,” katanya.

Source: BuletinTV3

Latest Posts
  • Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

  • Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Returns with Over 1,200 Property, Auto & Art Auction Opportunities

  • SD Guthrie and Sime Darby Property Advance Strategic Industrial Corridor into Next Phase

  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga