News & Articles WCT PEROLEH KONTRAK PEMBINAAN BERNILAI RM214 JUTA DARIPADA KWASA LAND

WCT PEROLEH KONTRAK PEMBINAAN BERNILAI RM214 JUTA DARIPADA KWASA LAND


17 Jul 2024
WCT PEROLEH KONTRAK PEMBINAAN BERNILAI RM214 JUTA DARIPADA KWASA LAND
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- WCT Bhd (WCTB) anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd, memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM214 juta daripada Kwasa Land Sdn Bhd.

Kontrak itu adalah untuk membina kerja-kerja infrastruktur dan laluan bawah tanah di Pembangunan Perbandaran Kwasa Damansara, Selangor.

Syarikat pembangunan hartanah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, WCTB telah melaksanakan dan menerima surat lantikan bagi kerja-kerja itu, yang dijangka siap dalam tempoh 30 bulan mulai 1 Ogos 2024.

"Kerja-kerja di bawah kontrak itu merangkumi, antara lain, pembersihan tapak, kerja perobohan, kerja tanah, kerja geoteknik, kerja jalan, struktur jambatan, struktur laluan bawah tanah, kerja saliran, retikulasi air, kerja pembetungan, kerja mekanikal dan elektrikal, pembaikan sungai dan kerja penyelenggaraan rutin,” tambahnya.

Source: Bernama.com

Latest Posts
  • Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

  • Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Returns with Over 1,200 Property, Auto & Art Auction Opportunities

  • SD Guthrie and Sime Darby Property Advance Strategic Industrial Corridor into Next Phase

  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga