News & Articles Hadiah lumayan hargai pembeli kediaman

Hadiah lumayan hargai pembeli kediaman


2 Jul 2024
Hadiah lumayan hargai pembeli kediaman
Kuala Lumpur: Sebagai menghargai pembeli, syarikat pemaju hartanah, Kumpulan JL99 komited untuk terus menawarkan pelbagai hadiah lumayan bagi projek terbarunya, 99 Legend.

Pengurus Besar (Pembangunan Perniagaan) Kumpulan JL99 Nur Ainaa Che Abdullah berkata, inisiatif itu dibuat bukan hanya untuk menjadikan projek perumahan dibina menjadi daya tarikan pembeli.

Katanya, malah untuk memastikan setiap pembeli berpeluang memenangi cabutan bertuah yang ditawarkan.

"Majoriti mereka yang membeli projek kediaman kami adalah pembeli rumah pertama, sebab itu syarikat memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi menawarkan hadiah seperti kereta, wang tunai termasuk rumah percuma.

"Kami mahu setiap pembeli diberi ganjaran dan membawa pulang hadiah sebagai tanda penghargaan kami kepada mereka," katanya kepada media selepas majlis penyampaian hadiah utama cabutan bertuah 99 Residence di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kumpulan JL99 Datuk Seri Jeff Lee.

Nur Ainaa berkata, setiap cabutan dilakukan secara telus dan adil, tanpa sebarang unsur penipuan.

Menurutnya, lebih menarik bagi cabutan bertuah projek 99 Legend, pihaknya bakal menawarkan dua hadiah utama yang mana dua bakal pembeli bertuah akan membawa pulang wang tunai bernilai RM1 juta masing-masing.

Beliau berkata, kelainan ditampilkan kali ini lebih mengujakan kerana setiap pusingan menawarkan hadiah menarik termasuk wang tunai.

Dalam pada itu, katanya projek 99 Legend dijangka siap sepenuhnya menjelang 2028 dan mempunyai 1,214 unit.

"Nilai pembangunan kasar (GDV) projek servis apartmen ini berjumlah RM790 juta dan menampilkan sebanyak 55 fasaliti mewah pada harga berpatutan antara RM478,000 sehingga lebih RM700,000," katanya.

99 Legend dibangunkan di tanah berkeluasan 1.71 hektar dengan mempunyai 57 tingkat termasuk lima 'Penthouse' serta disediakan dua hingga tiga lot parkir.

Source: hmetro.com.my

Latest Posts
  • Land in Sungai Pinang for LRT station never intended for housing development, says Chow

  • Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025