News & Articles MBI nilai semula hartanah

MBI nilai semula hartanah


27 Jun 2024
MBI nilai semula hartanah
IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sudah melaksanakan penilaian semula hartanah di bandar raya itu mengikut kategori hartanah yang kali terakhir dibuat pada tahun 1981.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, bagaimanapun kadar cukai taksiran masih kekal pada 16 peratus, namun kenaikan jumlah bayaran berlaku disebabkan penilaian semula hartanah yang dibuat.

Menurutnya, jumlah kenaikan bayaran itu ditetapkan tidak melebihi 30 peratus dan ia akan dilaksanakan menerusi kaedah 'capping'

"Kita kekalkan 16 peratus (kadar cukai taksiran) dahulu, tetapi kita buat penilaian dan guna konsep capping. Capping ini mungkin tidak boleh dilaksanakan peningkatan maksimum sebanyak 30 peratus sekali gus."

"Cuma kita syorkan kepada kerajaan negeri sebanyak 30 peratus. Sebab kita kena faham, kali terakhir penilaian dibuat pada 1981, di Ipoh ini. Sekarang ini tahun 2024, jadi sudah 43 tahun (tidak dinilai). Jadi, mungkin nilai itu akan naik mendadak," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Beliau berkata, demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Pengiklanan Pakej Promosi Maklumat Produk dan Tempat Pelancongan Menarik di Bandaraya Ipoh Melalui Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) di Stesen Kereta Api Ipoh di sini.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Zain Mat Taha.

Sementara itu, Rumaizi menjelaskan pihaknya sudah mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri untuk meningkatkan kadar cukai taksiran di Bandaraya Ipoh dan ia akan dilaksanakan mengikut kategori hartanah dan bukan semua kategori berlaku peningkatan.

Source: sinarharian.com.my

Latest Posts
  • Strong tourism growth anticipated in Langkawi

  • Bali Escape Kuala Lumpur dibuka suku keempat 2025

  • 76,664 housing credit guarantee applications worth RM17.86bil approved since 2008

  • Pelaburan hartanah komersial Malaysia meningkat

  • Knight Frank: Malaysia's commercial property transactions rising, mirroring global trend