News & Articles Projek perumahan Sungai Bakap tingkat taraf sosioekonomi penduduk

Projek perumahan Sungai Bakap tingkat taraf sosioekonomi penduduk


25 Jun 2024
Projek perumahan Sungai Bakap tingkat taraf sosioekonomi penduduk
NIBONG TEBAL, 23 Jun- Pembangunan bersepadu dan menyeluruh di Sungai Bakap memberi impak positif kepada penduduk dan meningkatkan taraf sosioekonomi setempat.

Pensyarah Ekonomi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Abdul Rais Abdul Latiff, berpandangan, semua itu didorong pertumbuhan ekonomi yang kian pesat.

Ia kesan daripada pelaburan dalam projek perumahan dan hab ekonomi sub-sektor baharu yang dibangunkan.

Menurutnya, ini mampu dimanfaatkan sepenuhnya penduduk, melalui peluang pekerjaan lebih berkualiti yang bakal ditawarkan, selain akses infrastuktur yang lebih banyak.

"Penyediaan tempat kediaman dengan harga berpatutan ini akan memberi peluang untuk mereka bergerak ke tempat kerja dan ini sudah pasti akan mempengaruhi kos sara hidup mereka.

"Apabila berlaku kependudukan, penduduk di kawasan sekitar pasti akan menerima manfaat dari segi peluang pekerjaan dan dapat meningkatkan peluang berbelanja dan memberi impak semula kepada kesejahteraan rakyat", katanya selepas hadir ke Konti Mini MutiaraFM di Sungai Bakap bagi segmen Bicara Prisma Khas PRK Sungai Bakap.

Apa yang diharapkan, perubahan landskap yang jelas dapat dilihat di Sungai Bakap, akan terus lestari, bukan sahaja ketika musim pilihan raya, malah mampu menjadi tonggak utama kepada pembangunan sosioekonominya selepas ini.

Source: Berita RTM

Latest Posts
  • Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

  • Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Returns with Over 1,200 Property, Auto & Art Auction Opportunities

  • SD Guthrie and Sime Darby Property Advance Strategic Industrial Corridor into Next Phase

  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga