News & Articles GDB HOLDINGS RAIH KONTRAK HAB LOGISTIK BERNILAI RM865.7 JUTA

GDB HOLDINGS RAIH KONTRAK HAB LOGISTIK BERNILAI RM865.7 JUTA


24 Jun 2024
GDB HOLDINGS RAIH KONTRAK HAB LOGISTIK BERNILAI RM865.7 JUTA
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh GDB Holdings Bhd, Grand Dynamic Builders Sdn Bhd dilantik sebagai kontraktor utama bagi cadangan pembinaan hab logistik di Shah Alam bernilai RM865.7 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, firma perkhidmatan pembinaan itu berkata kontrak berkenaan diperoleh menerusi surat lantikan daripada Strategic Sonata Sdn Bhd.

"Skop kontrak itu termasuk mereka bentuk, membina, dan menyelenggara kerja-kerja melibatkan gudang tanjakan lima tingkat, pejabat, dan kemudahan sokongan," katanya.

Kontrak selama 30 bulan itu dijadualkan bermula 20 Jun 2024 hingga 19 Dis 2026.

Dalam kenyataan berasingan, Pengarah Urusan kumpulan Cheah Ham Cheia berkata projek itu akan mengukuhkan portfolio syarikat, yang merangkumi perumahan aras tinggi, pembangunan komersial dan bercampur serta projek hospital dan hartanah industri yang sedang berjalan.

“Kejayaan baharu ini meningkatkan nilai perolehan kontrak semasa kami kepada RM1.2 bilion, dan memberikan kami kerja sehingga 2026,” katanya

Source: Bernama

Latest Posts
  • Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

  • Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Returns with Over 1,200 Property, Auto & Art Auction Opportunities

  • SD Guthrie and Sime Darby Property Advance Strategic Industrial Corridor into Next Phase

  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga