News & Articles Tropicana tawar RM4.5 juta ganjaran dalam kempen Flash Deals

Tropicana tawar RM4.5 juta ganjaran dalam kempen Flash Deals


8 Apr 2024
Tropicana tawar RM4.5 juta ganjaran dalam kempen Flash Deals
KUALA LUMPUR: Tropicana Corporation Bhd melancarkan kempen 'Flash Deals' sempena ulang tahunnya yang ke-45 sejak ia ditubuhkan pada 1979.

Menurut pemaju hartanah itu dalam satu kenyataan, pencari rumah akan gembira mengetahui bahawa Tropicana melancarkan kempen jualan yang paling menarik dan akan memberi pembeli peluang untuk menang besar dengan hadiah dan ganjaran yang lebih bermakna dan lebih baik tahun ini.

"Kempen ini akan berlangsung dari sekarang hingga 30 Jun 2024 untuk lima pembangunan iaitu Tropicana Alam, Tropicana Metropark, Tropicana Gardens, Tropicana WindCity dan Tropicana Aman.

"Pembeli hartanah boleh meraikan peristiwa penting ini melalui tawaran ganjaran menarik Tropicana apabila menandatangani perjnajian jual beli (SPA)," katanya.

Pengarah Urusan bagi Pemasaran & Jualan dan Pembangunan Perniagaan di Tropicana, Ixora Ang, berkata ini adalah peristiwa penting bagi Tropicana kerana telah mencapai ulang tahun ke-45 tahun ini yang menandakan bertahun-tahun usahanya yang berjaya.

"Dalam matlamat berterusan untuk 'Mentakrifkan Semula Seni Hidup, Berkongsi dan Memberi', kami amat teruja untuk melancarkan kempen mega ini.

"Selaras dengan ulang tahun ke-45 kami, semua ganjaran kami akan mencerminkan '45' yang bertuah yang dilihat sebagai inspirasi sepanjang perayaan dan pelanggan kami akan pulang dengan pakej pemilikan rumah dan insentif menarik dan fleksibel sejajar dengan '45," katanya.

Ang berkata, terdapat RM4.5 juta jumlah ganjaran bonus tersedia untuk diambil.

"Dengan kempen yang telah kami susun ini, kami berharap dapat memberi kembali kepada pelanggan kami sebagai ucapan terima kasih di atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi.

"Daripada insentif penandatanganan SPA yang menarik dengan nilai lebih daripada RM45,000 dan 450 keping syiling emas 24k untuk diberikan serta duti setem diserap oleh pemaju serta pakej perabot, tawaran ini tidak boleh dilepaskan," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

  • Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Returns with Over 1,200 Property, Auto & Art Auction Opportunities

  • SD Guthrie and Sime Darby Property Advance Strategic Industrial Corridor into Next Phase

  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga