News & Articles SUBSIDIARI CRESCENDO JUAL TANAH DI JOHOR BAHRU PADA HARGA RM132.47 JUTA

SUBSIDIARI CRESCENDO JUAL TANAH DI JOHOR BAHRU PADA HARGA RM132.47 JUTA


5 Apr 2024
SUBSIDIARI CRESCENDO JUAL TANAH DI JOHOR BAHRU PADA HARGA RM132.47 JUTA
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Subsidiari milik penuh Crescendo Corporation Bhd, Panoramic Industrial Development Sdn Bhd (PID) telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Microsoft Payments (Malaysia) Sdn Bhd (MPSB) untuk pelupusan tanah di Pulai, Johor Bahru dengan bayaran tunai sebanyak RM132.47 juta.

Syarikat pembangunan hartanah itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata tanah pegangan bebas itu terletak secara strategik dalam kawasan perindustrian utama dan matang, dikelilingi oleh pembangunan kediaman, komersial serta perindustrian, ia mempunyai berkeluasan 1.10 juta kaki persegi.

“Tanah ini hanya boleh digunakan untuk kawasan industri sederhana bagi tujuan pusat data dan kegunaan lain yang berkaitan, ia juga dimajukan mengikut pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa.

"Tanah itu tidak boleh dijual atau dipindah milik dalam apa cara sekalipun kepada bukan warganegara atau syarikat asing tanpa kelulusan pihak berkuasa negeri," katanya.

Crescendo berkata hasil tunai bersih itu itu akan dipakai untuk pembayaran balik biaya serta pinjaman berjumlah RM50 juta, modal pus ingan (RM73.41 juta) dan anggaran perbelanjaan berkaitan cadangan pelupusan (RM4.29 juta), akan digunakan dalam tempoh 24 bulan selepas pelupusan selesai.

Baki RM4.77 juta akan dibelanjakan untuk pelupusan berhubung dengan anggaran kos pembangunan

-- BERNAMA

Source: Bernama.com

Latest Posts
  • Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

  • Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Returns with Over 1,200 Property, Auto & Art Auction Opportunities

  • SD Guthrie and Sime Darby Property Advance Strategic Industrial Corridor into Next Phase

  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga