News & Articles Mah Sing bakal bangunkan perbandaran RM3.3 bilion di Beranang

Mah Sing bakal bangunkan perbandaran RM3.3 bilion di Beranang

22 Mar 2024
Mah Sing bakal bangunkan perbandaran RM3.3 bilion di Beranang
KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Bhd bakal membangunkan perbandaran bersepadu di Beranang, Selangor, dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM3.3 bilion.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pemaju hartanah itu berkata perbandaran bersepadu itu akan dibangunkan berikutan pemenuhan syarat-syarat terdahulu perjanjian jual beli tanah (SPA).

Ia berkata, SPA bagi cadangan pengambilalihan tanah seluas 202.34 hektar bagi pembangunan itu telah menjadi tidak bersyarat.

Tanah itu dibeli daripada Petaling Garden Sdn Bhd dengan harga RM392.04 juta oleh anak syarikat milik penuh Mah Sing, Mestika Bistari Sdn Bhd, Grand Prestige Development Sdn Bhd dan Elite Park Development Sdn Bhd.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

  • Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Returns with Over 1,200 Property, Auto & Art Auction Opportunities

  • SD Guthrie and Sime Darby Property Advance Strategic Industrial Corridor into Next Phase

  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga