News & Articles Majestic Gen akan lancar 15 projek bernilai RM3.3 bilion

Majestic Gen akan lancar 15 projek bernilai RM3.3 bilion


29 Feb 2024
Majestic Gen akan lancar 15 projek bernilai RM3.3 bilion
KUALA LUMPUR: Pemaju projek Majestic Gen Sdn Bhd, yang sebelum ini dikenali sebagai Majestic Group, akan melancarkan 15 projek dengan gabungan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM3.3 bilion menjelang 2025.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hoo Kim See berkata, pelancaran itu terdiri daripada enam projek pada 2024 dan sembilan lagi yang dijadualkan bagi 2025.

"Pelancaran akan datang kami yang terletak di kawasan strategik bagi memenuhi permintaan pasaran merangkumi hartanah kediaman, komersial dan pembangunan perindustrian di kawasan utama seperti Lembah Klang, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Johor," katanya dalam ucapan beliau semasa majlis pelancaran Majestic Gen, di sini, hari ini.

Hoo berkata syarikat itu komited untuk memacu kelestarian dengan menerapkan penyelesaian cekap tenaga seperti panel solar dan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik di samping bahan binaan yang kukuh dan teknologi canggih seperti pengenalan wajah dan ciri-ciri rumah pintar.

"Pendekatan perancangan komprehensif kami, merangkumi strategi reka bentuk pasif dalam semua projek, bertujuan untuk mencapai pensijilan hartanah hijau (GreenRe) untuk projek kediaman bertingkat tinggi," katanya. – Bernama

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Land in Sungai Pinang for LRT station never intended for housing development, says Chow

  • Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025