News & Articles UEM Sunrise tinjau tanah di sekitar Lembah KlangKUALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd sedang meninjau tanah di sekitar Lembah Klang untuk mengembangkan lagi c

UEM Sunrise tinjau tanah di sekitar Lembah KlangKUALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd sedang meninjau tanah di sekitar Lembah Klang untuk mengembangkan lagi c


12 Jan 2024
UEM Sunrise tinjau tanah di sekitar Lembah KlangKUALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd sedang meninjau tanah di sekitar Lembah Klang untuk mengembangkan lagi c
KUALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd sedang meninjau tanah di sekitar Lembah Klang untuk mengembangkan lagi capaian hartanah pemaju itu, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sufian Abdullah.

"Ketika ini, kami memiliki sekitar 3,237 hektar tanah untuk dimajukan selain giat meneroka peluang secara terpilih dan potensi untuk meningkatkan simpanan tanah UEM Sunrise," katanya kepada media selepas pelancaran aplikasi mudah alih yang dikemaskini, hUb Prop di sini, hari ini.

Ditanya mengenai unjuran jualan tahun ini, Sufian berkata, UEM Sunrise masih meneliti prestasi tahun lalu, sebelum dapat mengumumkan sasaran jualan pada 2024.

"Kami sedang melaksanakan program transformasi untuk menentukan rangkaian produk yang akan dilancarkan. Ia juga (prestasi 2023) akan diumumkan tidak lama lagi dan begitu juga dengan sasaran jualan 2024.

"UEM Sunrise juga akan mengumumkan sasaran jangka panjang untuk perniagaan kami tidak lama lagi," katanya.

Sementara itu, beliau berkata syarikat pemaju itu meletakkan unjuran optimistik tetapi berhati-hati dengan permintaan industri hartanah tahun ini.

Beliau berkata, jangkaan yang masih kekal positif itu disokong permintaan berterusan dalam segmen pelanggan kelas pertengahan dan produk hartanah khususnya di Lembah Klang.

"Kami masih positif dengan prospek hartanah tempatan tetapi kekal berhati-hati dengan cabaran yang mungkin timbul tahun ini.

"UEM Sunrise tidak menjangkakan industri hartanah tempatan pulih sepenuhnya ke tahap sebelum pandemik pada tahun ini," katanya.

UEM Sunrise hari ini memperkenalkan hUb Prop, aplikasi dipertingkatkan untuk mengubah perjalanan pelanggan.

Syarikat itu secara konsisten melabur untuk mewujudkan perkhidmatan nilai tambah dengan hUb Prop, ciri yang ditampilkan telah dipertingkatkan termasuk tawaran eksklusif yang memanfaatkan Program Perkongsian Tresor.

Mengulas mengenai hUb Prop, Sufian berkata, pengenalan aplikasi itu menunjukkan komitmen UEM Sunrise yang sejajar dengan revolusi digital menerusi inisiatif memodenkan keterhubungan sistem dan pemprosesan dan langkah interaksi lebih baik dengan pelanggannya.

"Pendigitalan sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami komited untuk memperkenalkan penyelesaian termaju untuk pelanggan kami dan membina aplikasi yang membantu pelabur hartanah dan pemilik rumah dalam menavigasi perjalanan pemilikan rumah mereka dengan mudah dan kecekapan.

hUb prop berfungsi sebagai saluran layan diri untuk pengguna mendapatkan perkhidmatan dan maklumat membabitkan UEM Sunrise, termasuk ganjaran eksklusif, pelancaran produk, acara terkini, jualan kempen/promosi, lawatan maya, pemantauan pengebilan dan melihat kemajuan projek, temujanji penyerahan kunci dan pengurusan kerosakan kediaman.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Land in Sungai Pinang for LRT station never intended for housing development, says Chow

  • Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025