News & Articles Kerajaan akan benarkan pemaju perumahan pakejkan harga panel solar bumbung

Kerajaan akan benarkan pemaju perumahan pakejkan harga panel solar bumbung


27 Jul 2023
Kerajaan akan benarkan pemaju perumahan pakejkan harga panel solar bumbung
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi tumpuan membenarkan lebih banyak projek perumahan bandar bersepadu berskala besar untuk mempakejkan pemasangan panel solar atas bumbung dalam keseluruhan penetapan harga masing-masing, demikian kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, ia bagi menggalakkan lagi pemasangan panel solar di atas bumbung kediaman secara komersial tanpa pembiayaan kerajaan.

Lagipun, katanya, pembeli hartanah berharga sederhana dan mewah mahukan pemasangan panel dolar di kediaman mereka.

Jelasnya, pada masa ini, kerajaan bekerjasama dengan Sime Darby Property bagi tujuan itu dan diharap lebih banyak projek perumahan bersepadu berskala besar akan melaksanakannya juga.

"Apa yang kami ingin fokuskan pada bahagian awal ini adalah untuk membenarkan lebih banyak pembangunan bandar berskala besar bersepadu untuk memasukkan solar dalam keseluruhan pakej harga mereka. Ini akan membolehkan mereka melihat penyelesaian penyimpanan tenaga.

"Itulah sebahagian daripada sebab mengapa kami ingin melakukan ini adalah kerana kami juga ingin mempercepatkan teknologi dan aplikasi untuk penyimpanan bateri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Fasa Pertama di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Mengenai pemasangan panel solar di atas bumbung secara individu yang lebih aktif, Rafizi berkata, keadaan itu akan berlaku apabila agregator pasaran tunggal mula beroperasi.

Beliau berkata, sebaik saja ia beroperasi, maka secara semula jadi ia akan mempercepatkan lebih banyak pasaran runcit bebas.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Land in Sungai Pinang for LRT station never intended for housing development, says Chow

  • Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025