News & Articles Chin Hin bangun projek ikonik Crown Penang

Chin Hin bangun projek ikonik Crown Penang


8 May 2023
Chin Hin bangun projek ikonik Crown Penang
KUALA LUMPUR: Chin Hin Group Property Bhd meneroka pasaran di Pulau Pinang buat kali pertama dengan permeteraian perjanjian pembangunan bersama antara anak syarikatnya, Stellar Platinum Sdn Bhd dan anak syarikat milik penuh Ivory Properties Group Bhd, bagi membangunkan projek ikonik Crown Penang dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM475 juta.

Crown Penang setinggi 41 tingkat itu disasarkan siap pada 2027.

Chin Hin Group Property dalam satu kenyataan berkata, pembangunan mercu tanda itu dijangka menumpukan kepada kelestarian, berkepadatan rendah dengan seni bina minimalis dan akan terdiri daripada 588 unit kediaman yang menampilkan teknologi rumah pintar tercanggih di kawasan peranginan dalam bandar yang aman.

Kediaman di Crown Penang itu terdiri daripada rumah kediaman studio hinggalah rumah tiga bilik tidur dengan keluasan daripada 495 kaki persegi hingga 1,367 kaki persegi.

Pembangunan itu, katanya, terletak bersebelahan dengan Gurney Wharf yang sedang dibina, taman rekreasi awam di pesisir pantai seluas 24.28 hektar yang dibangunkan kerajaan negeri, yang mana fasa pertama dijangka siap Mei tahun ini.

Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Chin Hin, Datuk Seri Chiau Beng Teik, yang menandatangani perjanjian itu berkata Chin Hin Group Property percaya perkongsian strategik yang dijalinkan itu dapat mempercepatkan pertumbuhan dan mencipta nilai bagi pelanggan dan pemegang sahamnya.

"Kami gembira mengorak satu lagi langkah kehadapan dengan penerokaan sulung kami ke pasaran hartanah Pulau Pinang yang menarik yang dijangka terus berkembang pesat pasca pandemik dan kami juga teruja untuk membangunkan mercu tanda Crown Penang bersama Ivory Properties yang bakal menarik minat pemilik rumah dan pelabur.

"Kami yakin Crown Penang akan diterima dengan baik dan menetapkan standard baharu bagi pasaran hartanah dan pasaran pelancongan yang semakin berkembang di Pulau Pinang," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Land in Sungai Pinang for LRT station never intended for housing development, says Chow

  • Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025