News & Articles Salcon, Eksim Kebun Teh bangun projek bercampur di JB

Salcon, Eksim Kebun Teh bangun projek bercampur di JB


27 Mar 2023
Salcon, Eksim Kebun Teh bangun projek bercampur di JB
KUALA LUMPUR: Anak syarikat tidak langsung Salcon Bhd, Nusantara Megajuta Sdn Bhd (NMSB) hari ini memeterai perjanjian kerjasama (JV) dengan Exsim Kebun Teh Sdn Bhd (ETKSB) untuk membangunkan dua tanah di Johor Bahru.

Syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, JV itu membabitkan pembangunan bercampur pelbagai fasa yang merangkumi pangsapuri perkhidmatan dan unit runcit di atas dua bidang tanah pegangan pajakan 99 tahun milik NMSB.

"Usaha sama itu akan membolehkan Salcon membuka kunci nilai tanah pembangunan dengan memanfaatkan kemahiran, rekod prestasi serta pengalaman pemaju yang menyediakan perkhidmatan pembangunan hartanah dari awal hingga penyiapan portfolio untuk projek komersial dan perindustrian.

"Ini akan membolehkan kumpulan Salcon mempunyai fleksibiliti kewangan yang lebih besar untuk mengejar peluang perniagaan yang berpotensi pada masa depan," katanya.

Syarikat itu berkata, JV itu dijangka siap dalam suku kedua 2028 dan akan menyumbang secara positif kepada pendapatan serta pendapatan sesaham kumpulan Salcon bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

"Selepas selesai JV, kumpulan Salcon dijangka merealisasikan keuntungan bersih yang boleh dikaitkan dengan pemilik syarikat iaitu kira-kira RM31.17 juta," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Land in Sungai Pinang for LRT station never intended for housing development, says Chow

  • Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025