News & Articles Sunway REIT beli enam pasar raya Giant daripada KWSP

Sunway REIT beli enam pasar raya Giant daripada KWSP


17 Mar 2023
Sunway REIT beli enam pasar raya Giant daripada KWSP
KUALA LUMPUR: Pemegang amanah Sunway REIT, RHB Trustees Bhd menandatangani perjanjian jual beli bersyarat dengan anak syarikat milik penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kwasa Properties Sdn Bhd untuk membeli enam kompleks pasar raya besar/runcit Giant pada RM520 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis, Sunway REIT menjelaskan cadangan pembelian itu dianggap sebagai transaksi pihak berkaitan susulan minat satu daripada pemegang unit utamanya iaitu KWSP.

"Pertimbangan pembelian itu adalah wajar selepas mengambil kira hartanah terbabit dibeli secara berasingan dan kolektif di bawah nilai pasaran hartanah, dengan pertimbangan pembelian meliputi diskaun kira-kira 12.3 peratus daripada agregat nilai pasaran hartanah seperti yang dinilai oleh jurunilai," jelasnya.

Sunway REIT menyifatkan pelaburan berpotensi itu, dari segi penambahan keuntungan dan pengagihan seunit, akan meningkatkan kestabilan pendapatan menerusi perjanjian pajakan dan purata wajaran tarikh akhir pajakan portfolionya serta memperkukuh dan mempelbagaikan portfolio geografi syarikat sebagai kewajaran untuk cadangan pembelian itu.

Cadangan itu juga akan meningkatkan lagi kedudukan semasa Sunway REIT sebagai amanah pelaburan hartanah kedua terbesar yang disenaraikan di Malaysia berdasarkan nilai hartanah setakat 31 Disember 2022, menurutnya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Land in Sungai Pinang for LRT station never intended for housing development, says Chow

  • Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025