News & Articles Premier Plus terima sijil MBOR [METROTV]

Premier Plus terima sijil MBOR [METROTV]


8 Mar 2023
Premier Plus terima sijil MBOR [METROTV]
Johor Bahru: Syarikat pemaju hartanah, Kumpulan Premier Plus (Premier Plus), menerima sijil Malaysia Book of Records (MBOR) berikutan galeri hartanahnya yang berjaya menghimpunkan projek perumahan terbanyak di satu kawasan dalam negara.

Penganugerahan MBOR itu disampaikan sejurus pelancaran galeri hartanah yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor di JB Sentral di sini, semalam.

Galeri hartanah itu menghimpunkan lebih 50 projek pembangunan di seluruh kawasan Iskandar Malaysia dan juga Desaru, Kota Tinggi.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Premier Plus Bun Shiow Yong berkata, lokasi berkenaan dipilih bagi membolehkan lebih 300,000 pengembara yang berulang alik antara Malaysia dan Singapura untuk mendapatkan maklumat berkaitan projek perumahan yang ditawarkan.

"Pelbagai pilihan kediaman disediakan bersesuaian dengan kemampuan ekonomi seseorang individu sama ada mereka terdiri daripada golongan B40, M40 ataupun T20.

"Selain itu, syarikat turut menyediakan penasihat kewangan bagi membantu mereka yang berminat mendapatkan maklumat berhubung pinjaman daripada institusi kewangan," katanya ditemui pada Majlis Perasmian Galeri Hartanah Premier Plus di JB Sentral di sini.

Turut hadir Pengerusi Premier Plus Tunku Datuk Hassan Tunku Mohammed Archibald, Pengarah Eksekutif Premier Plus Datuk Seri Jacky Ker Cherk Yee dan Perunding Kanan MBOR Edwin Yeoh.

Source: Hmetro.com.my

Latest Posts
  • Land in Sungai Pinang for LRT station never intended for housing development, says Chow

  • Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025