News & Articles Jika ikut konsep perumahan HDB, pembiayaan boleh guna KWSP

Jika ikut konsep perumahan HDB, pembiayaan boleh guna KWSP


3 Feb 2023
Jika ikut konsep perumahan HDB, pembiayaan boleh guna KWSP
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan berbincang dengan semua pemegang taruh untuk melihat kaedah pembiayaan yang boleh digunakan jika projek rumah mampu milik ikut konsep HDB diperkenalkan di negara ini.

Menteri, Nga Kor Ming, berkata apa yang penting, Kerajaan akan mengambil kira baik buruk setiap jenis pembiayaan perumahan berkenaan sebelum membuat keputusan.

"Kita akan (berbincang) 'enggage' dengan semua pemegang taruh dan kita akan dapatkan cadangan 'what is the best practices' (apa kaedah terbaik).

"Bagi saya prinsip utama adalah yang buruk dijadikan sempadan yang baik dijadikan teladan," katanya pada program Jalinan Muhibbah KPKT, hari ini.

Beliau mengulas sama ada pembiayaan rumah mampu milik itu akan menggunakan tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang dilaksanakan di Singapura yang menggunakan tabungan Central Provident Fund (CPF).

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Launches Auction Series with Strong Market Response

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Auction Carnival Returns with Nationwide Showcase

  • Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

  • Gong Xi Auction Fair: Start the Lunar New Year with Smart Property Investments

  • Highest Bidder Strikes Gold at NCM Co November Auction Carnival 2025