News & Articles Pemegang amanah Capitaland beli Queensbay Mall pada harga RM990.50 juta

Pemegang amanah Capitaland beli Queensbay Mall pada harga RM990.50 juta


10 Nov 2022
Pemegang amanah Capitaland beli Queensbay Mall pada harga RM990.50 juta
KUALA LUMPUR: Pemegang amanah CapitaLand Malaysia Trust, MTrustee Bhd, akan memperoleh 91.8 peratus daripada jumlah keluasan petak lantai strata di Queensbay Mall daripada pihak yang berkaitan dengan CapitaLand Investment Ltd pada harga RM990.50 juta.

Pihak yang terbabit ialah Special Coral Sdn Bhd dan Retail Galaxy Pte Ltd.

CapitaLand Malaysia REIT Management Sdn Bhd berkata, cadangan pengambilalihan itu seiring dengan objektif pelaburan CapitaLand Malaysia Trust untuk melabur secara jangka panjang dalam hartanah yang menghasilkan pendapatan yang digunakan terutamanya untuk tujuan peruncitan, komersil, pejabat dan perindustrian di Malaysia.

"Cadangan pengambilalihan itu akan mengurangkan pendedahan CapitaLand Malaysia Trust di Lembah Klang daripada segi aset di bawah pengurusan daripada kira-kira 41 peratus kepada 33 peratus, sekali gus mengukuhkan daya tahan portfolionya.

"Dengan kadar penghunian hartanah sebanyak 95 peratus, cadangan pengambilalihan itu juga meningkatkan kadar penghunian portfolio yang diperbesarkan CapitaLand Malaysia Trust kepada 85.8 peratus daripada 83.1 peratus sedia ada, menyumbang kepada kestabilan pendapatan," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ia berkata, penempatan persendirian unit baharu akan dilakukan untuk mengumpul hasil kasar sehingga RM495.25 juta melalui proses penempatan harga untuk membiayai sebahagian cadangan pengambilalihan itu.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, CapitaLand Malaysia REIT Management berkata, jumlah kos pengambilalihan itu adalah kira-kira RM1.03 bilion selepas mengambil kira yuran dan perbelanjaan pengambilalihan dan ia akan dibiayai menrusi gabungan pinjaman bank dan hasil daripada cadangan penempatan persendirian.

Pengambilalihan itu tertakluk kepada kelulusan pemegang unit tidak berkepentingan CapitaLand Malaysia Trust pada mesyuarat agung luar biasa yang akan diadakan pada tarikh ditetapkan kelak, dijangka selesai pada suku pertama tahun depan.

Pengerusi Pengurusan REIT CapitaLand Malaysia, Lui Chong Chee, berkata cadangan pengambilalihan Queensbay Mall akan mempertingkatkan kehadiran CapitaLand Malaysia Trust di Pulau Pinang, sekali gus mengukuhkan kedudukannya di wilayah utara Malaysia, ia sudah pun memiliki Gurney Plaza dan menyasarkan untuk meyelesaikan pengambilalihan hartanah logistik pertamanya.

"Menerusi portfolio pelbagai dan berdaya tahan selepas mengambilalih Queensbay Mall dan hartanah logistik, CapitaLand Malaysia Trust akan berada dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk menghasilkan nilai dalam tempoh jangka panjang kepada pemegang unitnya," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Strong tourism growth anticipated in Langkawi

  • Bali Escape Kuala Lumpur dibuka suku keempat 2025

  • 76,664 housing credit guarantee applications worth RM17.86bil approved since 2008

  • Pelaburan hartanah komersial Malaysia meningkat

  • Knight Frank: Malaysia's commercial property transactions rising, mirroring global trend