News & Articles UEM Sunrise, unit PETRONAS teroka pembangunan bandar pintar

UEM Sunrise, unit PETRONAS teroka pembangunan bandar pintar


23 Sep 2022
UEM Sunrise, unit PETRONAS teroka pembangunan bandar pintar
KUALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) dan Gentari Sdn Bhd untuk meneroka peluang kerjasama dalam tenaga boleh diperbaharui, tenaga hijau dan penggunaan mobiliti bagi menghasilkan bandar pintar yang mampan.

Kerjasama itu juga merangkumi penyelesaian mampan yang sedia ada serta penyelesaian terkini dalam pembangunan UEM Sunrise, menjadikannya pemaju hartanah pertama yang bekerjasama dengan dua anak syarikat PETRONAS itu.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah, berkata pemaju hartanah itu kini menuju ke arah yang betul yang sama seperti PGTSSB dan Gentari untuk menjadikan Malaysia negara neutral karbon menjelang 2050.

"Ini titik permulaan kepada kerjasama yang saling menguntungkan di samping membawa nilai mampan jangka panjang untuk seluruh komuniti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam jangka masa terdekat, kerjasama dengan Gentari akan memberi tumpuan kepada penyelesaian karbon rendah, terutamanya stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dan 'forecourt' elektrik di kemudahan-kemudahan UEM Sunrise serta ladang solar di tanah UEM Sunrise.

Manakala dalam jangka panjang, MoU dengan PGTSSB akan meneroka penyelesaian karbon rendah dan berasaskan alam semula jadi seperti penyelesaian tenaga hijau pintar dan tenaga boleh diperbaharui, ekonomi kitaran dengan meningkatkan kapasiti penuh pengitaran semula dan menerapkan penyelesaian pembangunan teknologi tinggi yang mampan.

Ketua Pegawai Eksekutif PGTSSB, Annaliz Abu Bakar berkata, beliau teruja untuk bekerjasama secara strategik sambil mengembangkan kepakaran melangkaui industri tenaga.

-BERNAMA

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Launches Auction Series with Strong Market Response

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Auction Carnival Returns with Nationwide Showcase

  • Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

  • Gong Xi Auction Fair: Start the Lunar New Year with Smart Property Investments

  • Highest Bidder Strikes Gold at NCM Co November Auction Carnival 2025