News & Articles KSL rancang beli tanah RM109 juta di Johor

KSL rancang beli tanah RM109 juta di Johor


12 Aug 2022
KSL rancang beli tanah RM109 juta di Johor
KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh KSL Holdings Bhd, KSL Development Sdn Bhd bercadang membeli 34.028 hektar tanah pegangan bebas di Pulai, Johor Bahru bernilai RM109.88 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata, ia berhasrat untuk membangunkan tanah itu sebagai projek pembangunan bercampur-campur yang terdiri daripada 2,000 unit hartanah komersial dan kediaman.

"Projek pembangunan ini dijangka bermula pada 2023 dan diramal berkembang dalam tempoh lapan hingga 10 tahun.

"Tanpa mengambil kira sebarang perkara luar jangka, jumlah nilai pembangunan kasar projek akan berada dalam lingkungan RM800 juta hingga RM850 juta, manakala kos pembangunan kasar dijangka kira-kira RM450 juta," katanya.

Sehubungan itu, kumpulan itu dijangka meraih anggaran keuntungan pembangunan kasar antara RM350 juta dan RM400 juta sepanjang tempoh pembangunan itu.

Sementara itu, katanya, sekiranya keseluruhan pertimbangan belian dapat diselesaikan melalui pinjaman bank, nisbah tahap kadar hutang kasar (jumlah pinjaman ke atas dana pemegang saham) KSL Group setakat 31 Mac 2022 akan mencapai 6.19 peratus, manakala nisbah tahap kadar hutang bersih (selepas mengasingkan wang tunai yang ada) pada -1.04 peratus.

Sehingga kini, kumpulan itu mempunyai simpanan tanah sebanyak 982.17 hektar di Segamat, Batu Pahat, Muar, Mersing, Johor Bahru, serta Kuala Lumpur dan Klang.

Sebanyak 47 peratus daripada jumlah simpanan tanah ini berada di pelbagai peringkat kelulusan, manakala 24 peratus membabitkan pelbagai peringkat pembangunan.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Land in Sungai Pinang for LRT station never intended for housing development, says Chow

  • Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025