News & Articles KPower dapat kelulusan bina rumah mampu milik di Terengganu

KPower dapat kelulusan bina rumah mampu milik di Terengganu


11 Aug 2022
KPower dapat kelulusan bina rumah mampu milik di Terengganu
KUALA LUMPUR: Anak milik penuh KPower Bhd, KPower Development Sdn Bhd (KDSB) mendapat kelulusan untuk melaksanakan pembangunan perumahan bercampur pada harga mampu milik yang bernilai RM300 juta di tanah milik kerajaan Terengganu di pusat pentadbirannya yang baharu di Kuala Nerus.

Kelulusan itu diberikan oleh kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Negeri (Bahagian Perumahan).

Projek yang terletak di Lot 100677 yang merangkumi 8.963 hektar serta Lot 100678 yang meliputi kawasan seluas 9.996 hektar di kawasan pentadbiran Kuala Nerus, terdiri daripada 1,200 unit perumahan bercampur-campur dan komersial yang berpatutan, yang akan dibangunkan secara serentak.

Menurut Kpower, pihak-pihak terbabit dijangka memeterai perjanjian muktamad dalam tempoh enam bulan dari tarikh kelulusan.

"Kami percaya cadangan nilai yang menggabungkan kemampanan, meningkatkan unsur air yang sedia ada dengan tema hidup yang bersemangat dan selesa dilihat amat sesuai dengan konsep Bandar Moden dan Hijau di bawah Pelan Kawasan Khas Pusat Pentadbiran Kuala Nerus," kata Pengerusi Eksekutif Kpower, Mustakim Mat Nun.

Sebelum ini, kerajaan Terengganu telah memutuskan untuk mengecualikan yuran pembangunan bagi projek perumahan yang berpatutan yang dibina di atas hartanah awam mulai April 2022.

Pengecualian itu membantu mengurangkan kos kenaikan harga bahan binaan yang dihadapi oleh pemain industri.

Kpower menambah, pelaksanaan perjanjian ini dijangka akan menyumbang secara positif kepada kedudukan kewangan masa depan kumpulan.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Strong tourism growth anticipated in Langkawi

  • Bali Escape Kuala Lumpur dibuka suku keempat 2025

  • 76,664 housing credit guarantee applications worth RM17.86bil approved since 2008

  • Pelaburan hartanah komersial Malaysia meningkat

  • Knight Frank: Malaysia's commercial property transactions rising, mirroring global trend