News & Articles Projek Queens Residences Q2 siap lebih awal dari jadual

Projek Queens Residences Q2 siap lebih awal dari jadual


7 Jun 2022
Projek Queens Residences Q2 siap lebih awal dari jadual
KUALA LUMPUR – Queens Residences Q2, projek fasa kedua Queens Waterfront – kondominium mewah tepi laut Pulau Pinang telah siap lebih awal daripada yang dijadualkan.

Projek ini dibangunkan oleh Kumpulan Ideal Hartanah dan Ideal Gim Venture Sdn Bhd.

Menara kediaman Queens Residences Q2 ini terletak di teluk yang tenang bersebelahan dengan kejiranan Queensbay Mall di Bayan Lepas, menjadi mercu baharu yang menonjol di kawasan itu.

Kemewahan yang memukau dengan kadar pengambilan yang memberangsangkan, menunjukkan keyakinan pembeli rumah dan permintaan kukuh terhadap harga mewah kediaman yang menawarkan produk berkualiti.

Queens Residences Q2 yang menghadap pemandangan Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Kedua Pulau Pinang ini tiada tandingannya, digandingkan dengan kawasan kejiranan yang lengkap dengan kemudahan awam utama, sekali gus mendapat minat tinggi daripada pembeli hartanah yang mencari rumah dan pelaburan.

Projek ini merangkumi 24 tingkat unit kediaman, unit taman, kemudahan podium dan unit komersial.

Ruang kediaman yang tersedia dalam pelbagai saiz antara 900 kaki persegi hingga 1,650 kaki persegi menjadikan kediaman yang hebat – persediaan kerja dari rumah yang dinaik taraf, selain boleh dijadikan pelaburan baik untuk memperoleh hasil sewa.

Kediaman mewah ini mengembangkan lagi tawaran gaya hidup melalui komponen komersialnya yang terletak di tingkat bawah dan tingkat satu.

Kedai-kedai runcit ini bakal menawarkan tempat makan di luar, runcit dan gaya hidup.

Kemampuan projek ini disiapakan lebih awal merupakan pencapaian yang besar bagi pembangunan pelan induk Queens Waterfront. – MalaysiaGazette

Source: Malaysiagazette.com

Latest Posts
  • Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

  • Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Returns with Over 1,200 Property, Auto & Art Auction Opportunities

  • SD Guthrie and Sime Darby Property Advance Strategic Industrial Corridor into Next Phase

  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga