News & Articles MPS: Pemilik hartanah digesa daftar e-bil

MPS: Pemilik hartanah digesa daftar e-bil


11 Apr 2022
MPS: Pemilik hartanah digesa daftar e-bil
SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) menggesa pemilik hartanah di sini supaya mendaftar untuk e-bil.

Gesaan ini dibuat oleh pengerusinya Kaunselor Clarence Ting Ing Horh dalam satu kenyataannya di laman sosial, Jumaat.

Beliau memberitahu, setakat ini pendaftaran agak menggalakkan tetapi ramai yang masih belum mendaftar mengikut senarai yang ada.

“Pihak majlis telah menerima 1,065 pendaftaran baharu yang menggalakkan bagi e-bil bagi bulan Mac, dengan jumlah terkumpul keseluruhan setakat ini adalah sebanyak 7,591.

“Bagaimanapun, angka terkumpul ini setakat Mac, hanya mewakili 15 peratus daripada jumlah keseluruhan 51,336 hartanah swasta yang berdaftar di bawah MPS,” jelas beliau.

Ting berkata, MPS tidak lagi mengeluarkan bil untuk kadar penilaian secara fizikal (mengirim bil ke alamat pemilik hartanah) berkuat kuasa tahun depan dan menggesa pemilik hartanah mendaftar untuk e-bil.

Rentetan itu, menurutnya, MPS kini sedang dalam proses menghantar borang permohonan e-bil untuk pemilik hartanah.

Justeru, beliau menggesa orang ramai untuk mengisi dan menyerahkan borang permohonan e-bil kepada majlis bagi membolehkan majlis mengemas kini bil taksiran tahun semasa mereka ke dalam sistem.

“Menjelang 2023, MPS tidak lagi memberikan bil kadar penilaian secara fizikal kepada pemilik hartanah,” tambah Ting

Source: Sarawakvoice.com

Latest Posts
  • Land in Sungai Pinang for LRT station never intended for housing development, says Chow

  • Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025