News & Articles EcoWorld Malaysia catat lonjakan jualan

EcoWorld Malaysia catat lonjakan jualan


21 Mar 2022
EcoWorld Malaysia catat lonjakan jualan
Kuala Lumpur: Eco World Development Group Bhd (EcoWorld Malaysia) merekodkan lonjakan jualan di ketiga-tiga wilayah geografi bagi suku pertama berakhir 31 Januari 2022.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EcoWorld Malaysia Datuk Chang Khim Wah berkata, peratusan tertinggi direkodkan adalah di Iskandar Malaysia (naik sebanyak 194 peratus), diikuti Pulau Pinang (bertambah 110 peratus).

"Projek kami di Lembah Klang mencerminkan kejayaan dengan jualan RM709 juta mewakili 56 peratus daripada jumlah jualan kumpulan sehingga 28 Februari 2022," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, walaupun tahun kewangan 2022 menampilkan permulaan positif, masih ada cabaran pasaran perlu diatasi seperti inflasi yang disebabkan oleh harga bahan, minyak yang semakin mahal dan potensi kenaikan kadar faedah.

Keuntungan bersih EcoWorld Malaysia bagi suku pertama berakhir 31 Januari 2022 meningkat kepada RM63.36 juta berbanding RM62.43 juta direkodkan pada suku sama tahun lalu.

Hasil menokok kepada RM533.42 juta daripada RM507.35 juta disebabkan oleh jualan dan realisasi yang lebih tinggi daripada fasa siap dan hampir siap, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Source: Hmetro.com.my

Latest Posts
  • Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

  • Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Returns with Over 1,200 Property, Auto & Art Auction Opportunities

  • SD Guthrie and Sime Darby Property Advance Strategic Industrial Corridor into Next Phase

  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga