News & Articles Meratus lancar laluan baharu dari Jakarta ke Pelabuhan Klang

Meratus lancar laluan baharu dari Jakarta ke Pelabuhan Klang


17 Mar 2022
Meratus lancar laluan baharu dari Jakarta ke Pelabuhan Klang
Jakarta: Syarikat perkapalan Indonesia, Meratus Lines melancarkan laluan baharu yang menghubungkan Pelabuhan Tanjung Priok di Jakarta dan Pelabuhan Klang, Malaysia bagi menampung permintaan yang kian meningkat.

Laluan baharu itu mula beroperasi pada 7 Mac dengan pelepasan kapal Meratus Project 3 yang berkapasiti 8,400 tan.

Ia berlepas terus dari Jakarta ke Pelabuhan Klang tanpa berhenti di terminal lain.

Dalam satu kenyataan semalam, syarikat itu berkata laluan terbaharu itu dijangka memenuhi permintaan perdagangan antara Indonesia dan Malaysia sejajar dengan aliran menaik dalam ekonomi global.

"Ini adalah laluan antarabangsa keempat kami dalam tempoh enam bulan lepas, melengkapkan 30 laluan domestik sedia ada untuk menyokong rantaian logistik nasional," kata Ketua Pegawai Eksekutif Farid Belbouab.

Meratus juga bercadang melancarkan laluan tambahan seperti ke China dan negara Asia Tenggara lain dalam usaha untuk terus mengembangkan rangkaiannya, katanya.

Source: Hmetro.com.my

Latest Posts
  • Strong tourism growth anticipated in Langkawi

  • Bali Escape Kuala Lumpur dibuka suku keempat 2025

  • 76,664 housing credit guarantee applications worth RM17.86bil approved since 2008

  • Pelaburan hartanah komersial Malaysia meningkat

  • Knight Frank: Malaysia's commercial property transactions rising, mirroring global trend