News & Articles Sewa rumah di Singapura tertinggi dalam tujuh tahun

Sewa rumah di Singapura tertinggi dalam tujuh tahun


8 Mar 2022
Sewa rumah di Singapura tertinggi dalam tujuh tahun
SINGAPURA – Harga sewa rumah di Singapura meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun meskipun populasi bandar raya itu mencatatkan penurunan sejak dua tahun lepas, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Indeks harga sewaan bagi bangunan kediaman meningkat 9.9 peratus kepada 114.2 bagi tempoh suku keempat tahun lalu berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Kenaikan kadar sewa itu didorong oleh permintaan yang melebihi bekalan, ekoran kelewatan pembinaan akibat sekatan Covid-19.

Menurut laporan, pandemik menyebabkan masalah kekurangan pekerja dan sumber lain di Singapura, seterusnya menyebabkan pembinaan pangsapuri dan rumah awam lain mengalami kelewatan.

Sementara itu, penganalisis-penganalisis menyalahkan kenaikan harga sewa kediaman kepada beberapa faktor.

Antaranya adalah, semakin ramai penduduk Singapura yang menyewa ketika hartanah yang mereka beli sedang dibina.

Kenaikan harga hartanah turut mendorong penduduk untuk menjual rumah mereka, sekali gus mengehadkan bekalan kediaman untuk sewa.

Selain itu, terdapat juga warganegara Singapura yang kembali ke tanah air dan menuntut semula kediaman yang mereka sewakan kepada orang lain.

Selain itu, lebih ramai penduduk Singapura meninggalkan rumah keluarga masing-masing untuk menyewa kediaman dan ruang pejabat sendiri bagi tujuan bekerja dari rumah.

Harga sewa yang tinggi di Singapura itu dilaporkan akan bertahan selama beberapa tahun lagi sehingga lebih banyak bangunan kediaman baharu dibina.

Source: Kosmo.com.my

Latest Posts
  • Land in Sungai Pinang for LRT station never intended for housing development, says Chow

  • Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025