News & Articles Al Rajhi Bank rasmi pejabat baharu

Al Rajhi Bank rasmi pejabat baharu


16 Feb 2022
Al Rajhi Bank rasmi pejabat baharu
AL Rajhi Bank Malaysia (ARBM) merancang mengembangkan bank digitalnya dengan pelancaran rasmi pejabat baharu di Menara Hap Seng 3, Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif ARBM, Arsalaan Ahmed berkata, ruang kerja baharu itu menempatkan pasukan bank digital ARBM dan beberapa bahagian lain.

ARBM, yang dimiliki Al Rajhi Bank Kingdom of Saudi Arabia, turut mengumumkan pelantikan Ikram Khaliq sebagai ketua bank digital pada pelancaran itu.

Katanya, Ikram mempunyai pengalaman antarabangsa selama lebih 16 tahun membimbing dan membina firma teknologi dalam industri teknologi kewangan (fintech) dan teknologi insurans (insurtech).

"Kami melabur dengan jumlah besar dalam inovasi digital dan kami meletakkan asas bank digital yang berteraskan pelanggan. Kami sememangnya berbesar hati mempunyai Ikram mengetuai pasukan.

"Kami berhasrat menetapkan standard kecemerlangan baharu untuk perbankan Islam di Malaysia melalui cadangan dan saluran perbankan digital terbaik untuk memberi manfaat kepada pelanggan individu dan perniagaan ARBM," katanya.

Katanya, ini sejajar teras strategik Pelan Tindakan Sektor Kewangan 2022-2026 yang memberi tumpuan kepada kemajuan pendigitalan sektor kewangan dan kepimpinan kewangan Islam.

Ia juga sejajar penekanan oleh kerajaan Malaysia terhadap teknologi digital seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Selain pejabat baharu di Menara Hap Seng, ARBM mempunyai ibu pejabat korporatnya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Source: Hmetro.com.my

Latest Posts
  • Strong tourism growth anticipated in Langkawi

  • Bali Escape Kuala Lumpur dibuka suku keempat 2025

  • 76,664 housing credit guarantee applications worth RM17.86bil approved since 2008

  • Pelaburan hartanah komersial Malaysia meningkat

  • Knight Frank: Malaysia's commercial property transactions rising, mirroring global trend