News & Articles SP Setia, Qualitas bina pusat pesakit luar

SP Setia, Qualitas bina pusat pesakit luar


11 Feb 2022
SP Setia, Qualitas bina pusat pesakit luar
Kuala Lumpur: SP Setia Berhad melalui anak syarikatnya, Setia HC Ventures Sdn Bhd (Setia HC) menandatangani perjanjian dengan Qualitas Medical Group Sdn Bhd (Qualitas) bagi membina dan mengoperasi Pusat Penjagaan Ambulatori (ACC) di Setia Alam, Shah Alam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Choong Kai Wai berkata, ini kali pertama kumpulan menceburi bidang penjagaan kesihatan yang dilihat sebagai segmen yang semakin berkembang.

"ACC ialah pusat pesakit luar menyediakan pelbagai perkhidmatan pakar dan pembedahan komprehensif termasuk kesihatan, diagnosis, rawatan dan pemulihan.

"Ia bertindak sebagai jambatan antara pusat perubatan dan klinik amalan am," katanya dalam kenyataan selepas majlis menandatangani perjanjian di ibu pejabat SP Setia semalam.

Menurutnya, populasi semakin menua terus meningkat dalam kalangan penduduk di Malaysia dan keperluan untuk perkhidmatan itu boleh diakses dengan mudah di kawasan perbandaran yang menempatkan keluarga berbilang generasi seperti Setia Alam.

"Kumpulan mengenalpasti ACC pertama di Setia City Residences di Setia Alam.

"Kumpulan meneroka perniagaan baharu yang akan melengkapkan kekuatan Kumpulan untuk mempelbagaikan pendapatan.

"ACC yang memerlukan pelaburan modal kecil antara potensi yang dikenal pasti.

"Dipacu oleh pandemik baru-baru ini, perkhidmatan penjagaan kesihatan mempunyai prospek yang kukuh buat masa ini dan masa depan," katanya.

Source: Hmetro.com.my

Latest Posts
  • Land in Sungai Pinang for LRT station never intended for housing development, says Chow

  • Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025