News & Articles Naik taraf jambatan Marang siap 2025

Naik taraf jambatan Marang siap 2025


26 Jan 2022
Naik taraf jambatan Marang siap 2025
MARANG: Projek menaik taraf jalan dan jambatan Sungai Marang membabitkan kos RM338.5 juta dijangka siap pada 2025 dan mengurangkan kesesakan laluan berkenaan.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri FadillahYusof, berkata projek menaik taraf jalan sedia ada sepanjang 1.5 kilometer itu dimulakan pada Disember tahun lalu dan dijadualkan mengambil masa 42 bulan untuk siap.

Beliau berkata, jambatan Sungai Marang antara yang disenaraikan dalam program penggantian jambatan dan menjadi keutamaan untuk dilaksanakan seperti permohonan Kerajaan Terengganu dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) susulan pertambahan trafik.

"Projek ini menghubungkan Kuala Terengganu ke Kuantan. Struktur jambatan ini sempit dan menyumbang kepada kesesakan di bandar Marang.

"Jambatan yang dibina pada 1960 dan berusia 62 tahun ini tidak mampu menampung jumlah trafik yang kian meningkat dengan sebanyak 31,387 kenderaan melalui jambatan berkenaan setiap hari berdasarkan Bancian Lalu Lintas pada 2020," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Jambatan Merentasi Sungai Marang di sini hari ini.

Majlis serahan surat terima projek itu disempurnakan Fadillah bersama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Fadillah berkata, kerja menaik taraf jalan sedia kepada empat lorong dua hala dan menaik taraf dua jambatan kepada empat lorong dua hala di Sungai Marang dan Sungai Rinting.

Selain itu, katanya, membina jejambat dari persimpangan bandar Marang merentasi Sungai Marang dan membina sistem perparitan di kiri dan kanan, pengambilan balik tanah dan pengalihan utiliti.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Land in Sungai Pinang for LRT station never intended for housing development, says Chow

  • Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025