News & Articles Rumah percuma menanti pelanggan bertuah SkyWorld

Rumah percuma menanti pelanggan bertuah SkyWorld


8 Nov 2021
Rumah percuma menanti pelanggan bertuah SkyWorld
KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah bandar, SkyWorld Development Group (SkyWorld) menjalin kerjasama dengan Shopee menawarkan satu unit kediaman SkyMeridien Residences bernilai lebih RM500,000 kepada pemenang bertuah dalam kempen Shopee 11.11.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng, berkata pandemik COVID-19 memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat, justeru kerjasama dengan Shopee dijangka dapat memberikan semula keyakinan berbelanja dalam kalangan pelanggan.

Beliau berkata, ketika sekatan pergerakan penuh, kediaman menjadi lokasi penting untuk bermain, belajar, bekerja dan membeli-belah menyebabkan SkyWorld melihat perubahan ini akan kekal serta mahu menjadikan pengalaman di rumah sesuatu yang bermakna.

"Kerjasama SkWworld dan Shopee akan meningkatkan pengalaman pelanggan. Sebagai syarikat yang mengutamakan pelanggan, SkyWorld sentiasa memberikan pengalaman baharu.

"Semasa berbelanja, mereka juga berpeluang mendapat ganjaran hebat memenangi unit SkyMeridien Residences yang terletak di Sentul East. Ia juga tepat pada masanya apabila unit kediaman ini dijangka siap pada awal 2022," katanya dalam satu kenyataan.

SkyMeridien Residences terletak di lokasi yang strategik dalam jarak beberapa kilometer dari pusat bandar, dikelilingi oleh kawasan kejiranan dengan kemudahan yang pelbagai.

Pembangunan itu turut merangkul pengiktirafan tertinggi di Asia Pacific Property Awards sebagai pemenang 5 Bintang dalam Anugerah Terbaik Seni Bina Bertingkat Kediaman di Malaysia dan Pangsapuri/Kondominium Terbaik.

Projek mesra keluarga itu terdiri daripada 780 unit rumah dengan saiz antara 581 kaki persegi sehingga 1,318 kaki persegi.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Strong tourism growth anticipated in Langkawi

  • Bali Escape Kuala Lumpur dibuka suku keempat 2025

  • 76,664 housing credit guarantee applications worth RM17.86bil approved since 2008

  • Pelaburan hartanah komersial Malaysia meningkat

  • Knight Frank: Malaysia's commercial property transactions rising, mirroring global trend