News & Articles IOI Properties menang tender RM4.62 bilion di Singapura

IOI Properties menang tender RM4.62 bilion di Singapura


30 Sep 2021
IOI Properties menang tender RM4.62 bilion di Singapura
KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh IOI Properties Group Bhd, Boulevard View Pte Ltd berjaya mendapatkan tender bagi tanah pegangan pajakan seluas 0.78 hektar di Marina View, Singapura dengan pertimbangan tender bernilai S$1.51 bilion (RM4.62 bilion).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, IOI Properties berkata pertimbangan tender itu akan dipenuhi sepenuhnya secara tunai dan ia dijangka dibiayai melalui pinjaman bank dan/atau dana yang dijana secara dalaman.

Ia menambah, tender tanah itu adalah peluang yang menarik dan berdaya maju bagi kumpulan untuk menceburi pembangunan penggunaan bercampur, yang terdiri daripada elemen kediaman, hotel dan komersial di kawasan Marina Bay, kawasan perniagaan dan kewangan utama Singapura.

"Butiran mengenai cadangan pembangunan yang akan dilaksanakan di atas tanah berkenaan masih belum dimuktamadkan pada masa ini memandangkan pelan pembangunan masih di peringkat awal," menurut IOI Properties.

Sekiranya tiada sebarang halangan, tender tanah terbabit dijangka siap pada suku keempat kalendar tahun 2021, kata kumpulan itu.

-BERNAMA

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

  • Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Returns with Over 1,200 Property, Auto & Art Auction Opportunities

  • SD Guthrie and Sime Darby Property Advance Strategic Industrial Corridor into Next Phase

  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga