News & Articles Unit Gadang Holdings jual tanah di Taman Melawati

Unit Gadang Holdings jual tanah di Taman Melawati


25 Aug 2021
Unit Gadang Holdings jual tanah di Taman Melawati
KUALA LUMPUR: Gadang Land Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Gadang Holdings Bhd memeterai perjanjian jual dan beli dengan SkyRia Development Sdn Bhd untuk menjual tanah kediaman seluas 3.84 hektar di Taman Melawati, Kuala Lumpur dengan harga RM43 juta secara tunai.

"Cadangan penjualan itu untuk mengukuhkan kedudukan aliran tunai bahagian hartanah dan memindahkan aliran tunai itu kepada pembangunan yang sedang dijalankan yang lebih besar dan projek pembangunan masa depan dalam perancangan, seperti projek di Gelang Patah, Semenyih dan Cyberjaya.

"Ini juga selaras dengan strategi kumpulan untuk mengurangkan pinjaman sedia ada untuk menambah baik paras tahap kadar hutangnya," menurut kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Gadang Holdings berkata, hasil daripada penjualan itu akan digunakan untuk membayar balik pinjaman bank dan sebagai modal kerja kumpulan.

Katanya, cadangan penjualan itu dijangka selesai pada suku pertama 2022.

-BERNAMA

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

  • Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Returns with Over 1,200 Property, Auto & Art Auction Opportunities

  • SD Guthrie and Sime Darby Property Advance Strategic Industrial Corridor into Next Phase

  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga