News & Articles Nestcon dapat subkontrak pulih tebing Sungai Kelantan

Nestcon dapat subkontrak pulih tebing Sungai Kelantan


20 Aug 2021
Nestcon dapat subkontrak pulih tebing Sungai Kelantan
KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Nestcon Bhd, Nestcon Infra Sdn Bhd memperoleh subkontrak daripada MMC Engineering Sdn Bhd bagi projek pemulihan tebingan Sungai Kelantan yang runtuh di Pasir Mas, Kelantan.

Nestcon dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini berkata skop kerja subkontrak itu termasuk membekalkan semua perkhidmatan, tenaga kerja, bahan binaan bagi pembinaan, penyiapan, pengujian dan pengoperasian.

"Jumlah bayaran untuk kerja subkontrak adalah RM33.65 juta dan pembayaran akan dibuat kepada Nestcon Infra secara berperingkat," katanya.

Tempoh kerja subkontrak itu adalah selama 8.5 bulan dan dijangka siap pada 3 Mei 2022.

Nestcon menjangka kontrak itu memberi sumbangan positif kepada aset bersih sesaham syarikat, pendapatan sesaham dan tahap kadar hutang bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 sepanjang tempoh sub-kontrak berlangsung. -BERNAMA

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

  • Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Returns with Over 1,200 Property, Auto & Art Auction Opportunities

  • SD Guthrie and Sime Darby Property Advance Strategic Industrial Corridor into Next Phase

  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga