News & Articles AEON Malaysia raih untung bersih lebih tinggi

AEON Malaysia raih untung bersih lebih tinggi


20 May 2021
AEON Malaysia raih untung bersih lebih tinggi
KUALA LUMPUR: AEON Co (M) Bhd (AEON Malaysia) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi RM22 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2021 berbanding RM7.5 juta pada suku sama 2020, peningkatan sebanyak 194 peratus.

Ia berikutan pendekatan tangkas, keusahawanan dan 'genba' yang diambil syarikat sebagai tindak balas kepada pandemik COVID-19, sekali gus menghasilkan peningkatan dari segi margin barang dagangan kasar, perubahan kepada mekanik pemasaran serta struktur pengurusan kos yang mampan.

Keuntungan daripada operasi dan keuntungan sebelum cukai juga masing-masing meningkat kepada RM72.7 juta dan RM41.8 juta berbanding tahun sebelumnya.

Keselamatan pengguna adalah sentiasa menjadi keutamaan syarikat.

Bagi mengekalkan penjarakan fizikal, had akses dilaksanakan di gedung-gedung AEON di seluruh negara semasa pandemik, antaranya mengehadkan jumlah pelanggan antara 150 hingga 300 orang pada satu-satu masa, bergantung kepada ruang premis.

Pengurangan pelanggan turut menurunkan jumlah pendapatan bagi tempoh dikaji yang mencecah RM1.013 bilion, 15 peratus lebih rendah berbanding suku sama tahun lalu sebanyak RM1.191 bilion.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif AEON Malaysia, Shafie Shamsuddin, berkata mengambil kira gangguan berkaitan pandemik, syarikat bersyukur di atas sokongan berterusan pelanggan, rakan dan pembekal serta yang paling utama dedikasi ditunjukkan oleh kakitangan yang berusaha keras.

"Ia benar-benar mencerminkan elemen kepantasan, skala dan sinergi untuk berkhidmat kepada negara," katanya dalam satu kenyataan.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Land in Sungai Pinang for LRT station never intended for housing development, says Chow

  • Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025