News & Articles Projek Sunway Belfield dapat sambutan hebat

Projek Sunway Belfield dapat sambutan hebat


1 Apr 2021
Projek Sunway Belfield dapat sambutan hebat
KUALA LUMPUR: Sunway Property, cabang hartanah Sunway Bhd berjaya merekodkan kadar pengambilan yang tinggi sebanyak 80 peratus bagi projek hartanah baharunya, Sunway Belfield.

Kadar pengambilan itu adalah bagi unit apartmen servis Sunway Belfield bagi menara pertama, walaupun pelancarannya dijalankan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Berdasarkan kepada sambutan yang menggalakkan daripada pembeli itu, kumpulan membuka jualan untuk menara kedua.

Sunway Belfield mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion terdiri daripada tiga menara kediaman dan terletak hanya 400 meter dari stesen monorel Maharajalela, Kuala Lumpur.

Pengarah Eksekutif Bahagian Pembangunan Hartanah Wilayah Tengah, Chong Sau Min, berkata kejayaan projek hartanah baru kumpulan itu adalah berdasarkan kepada gabungan elemen lokasinya yang strategik, tempoh pegangan bebas, ciri hijau dan gaya hidup.

"Sunway Belfield adalah pembangunan mampan yang diperakui menerapkan elemen hijau dan direka bentuk dengan rangka tindakan mesra alam Sunway.

"Pembeli juga merasakan projek hartanah kami ini mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

  • Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Returns with Over 1,200 Property, Auto & Art Auction Opportunities

  • SD Guthrie and Sime Darby Property Advance Strategic Industrial Corridor into Next Phase

  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga