News & Articles SkyWorld bantu pembeli miliki rumah

SkyWorld bantu pembeli miliki rumah


4 Mar 2021
SkyWorld bantu pembeli miliki rumah
SHAH ALAM - Pemaju Hartanah, SkyWorld Development Group (SkyWorld) bekerjasama dengan Maybank Islamic Bhd (Maybank Islamic) bagi membantu pembeli rumah pertama dan kedua memiliki kediaman yang mereka inginkan melalui penyelesaian pembelian rumah, HouzKEY.


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, kolaboratif terbaharu SkyWorld dengan HouzKEY itu memberikan pelbagai manfaat kepada pemilik rumah menerusi Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020-2021 yang merangkumi pengecualian duti setem, pengecualian MOT, potongan 10 peratus untuk pembelian kediaman dan jumlah simpanan tunai lebih RM100,000.


“SkyWorld memahami situasi negara berdepan dengan pandemik. Kami mengambil peluang ini untuk membantu bakal pembeli dengan menawarkan penyelesaian kewangan. Mereka yang mencari rumah yang dibina oleh SkyWorld kerana pembiayaan yang menarik akan disediakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Beliau berkata, antara projek SkyWorld yang termasuk dalam HouzKEY ialah Blok C The Valley Residences (Fasa 1 SkySierra) di Setiawangsa dan SkyVogue Residences di kawasan Taman Desa yang terletak di lokasi yang strategik dan mempunyai pelbagai kemudahan asas.


“Bersempena dengan Tahun Baharu Cina pada tahun ini, Maybank Islamic menjalankan Kempen Tahun Baru Ox-picious HouzKEY 2021 yang menawarkan ganjaran kepada pembeli.

“Dapatkan baucar runcit bernilai RM800 apabila anda memohon pembiayaan HouzKEY dengan kod promo 'CNY2021' dari sekarang hingga 8 April 2021, selagi stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat,” katanya.


Mereka yang berminat mengenai tawaran yang disediakan, boleh menghubungi SkyWorld atau melayari laman web https://skyworld.my/sky-properties.

HouzKEY adalah antara inisiatif Kumpulan Maybank untuk menyelesaikan cabaran semasa untuk memiliki hartanah selaras dengan agenda negara mengenai pemilikan rumah.

Source: Sinarharian.com.my

Latest Posts
  • Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

  • Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Returns with Over 1,200 Property, Auto & Art Auction Opportunities

  • SD Guthrie and Sime Darby Property Advance Strategic Industrial Corridor into Next Phase

  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga