News & Articles IATA gesa kerjasama kerajaan-industri pengangkutan udara bagi pelan mula semula

IATA gesa kerjasama kerajaan-industri pengangkutan udara bagi pelan mula semula


29 Jan 2021
IATA gesa kerjasama kerajaan-industri pengangkutan udara bagi pelan mula semula
KUALA LUMPUR, 28 Jan -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa kerajaan bekerjasama dengan industri pengangkutan udara untuk merangka pelan menghubungkan semula orang, perniagaan dan ekonomi secara selamat apabila keadaan perubatan COVID-19 membolehkannya dilaksanakan.

Menurut kenyataan IATA yang dikeluarkan pada Rabu malam, usaha mempercepat penetapan piawaian global bagi vaksinasi dan pensijilan ujian adalah keutamaan bagi kerjasama penting ini.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Alexandre de Juniac berkata situasi dlihat bertambah baik susulan pelaksanaan program vaksinasi namun usaha menjadikan visi ini sebagai permulaan yang selamat dan teratur memerlukan perancangan dan penyelarasan teliti oleh kerajaan dan industri.

“Ini akan memberi cabaran, memandangkan keutamaan bagi minggu-minggu dan bulan-bulan akan datang adalah mengekang penyebaran varian baharu.

“Namun, walaupun sekiranya krisis ini semakin buruk, penting untuk mempersiapkan cara bagi pengoperasian kembali penerbangan apabila keadaan mengizinkan,” katanya dalam kenyataan itu.

de Juniac berkata, pihaknya memahami penanda aras dasar kerajaan dan mengakui piawaian global yang diperlukan untuk menyokong keadaan kembali normal bagi perjalanan akan memastikan bahawa pengangkutan udara dipersiapkan dengan baik dan tidak menjadi vektor bagi pengimportan semula.

“Syarikat penerbangan bersedia menyokong kerajaan dalam melaksanakan usaha ini,” katanya.

-- BERNAMA

Source: Bernama.com

Latest Posts
  • Land in Sungai Pinang for LRT station never intended for housing development, says Chow

  • Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025