News & Articles 16 stesen LRT digantung operasi tujuh hari

16 stesen LRT digantung operasi tujuh hari


9 Nov 2022
16 stesen LRT digantung operasi tujuh hari
KUALA LUMPUR: Sebahagian perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya akan digantung operasi selama tujuh hari, bermula hari ini.

Rapid KL dalam kenyataan, hari ini berkata penggantungan operasi membabitkan 16 stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park.

Penggantungan operasi membabitkan Stesen LRT Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asian Jaya,Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar, Abdullah Hukum dan KL Sentral.

Selain itu, Stesen LRT Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park.

Dalam pada itu, katanya, lain-lain stesen beroperasi seperti biasa bermula jam 6 pagi dan akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu hingga jam 11 malam.

Stesen yang beroperasi adalah Stesen LRT Gombak, Taman Melati, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa, Jelatek, Dato Keramat, Damai dan Lembah Subang.

Turut beroperasi, Stesen LRT Ara Damansara, Subang Jaya, SS15, SS18, USJ7, Taipan, Wawasan, USJ21, Alam Megah, Subang Alam dan Putra Heights.

Menurut kenyataan itu lagi, waktu operasi bermula jam 6 pagi hingga 11 malam itu akan berkuatkuasa mulai hari ini hingga 15 November depan.

Rapid KL dalam kenyataan malam tadi memaklumkan punca gangguan operasi dipercayai berpunca gangguan kepada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC yang menyebabkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan juga tren.

Katanya, perkara itu menyebabkan tren tidak dapat beroperasi secara automatik di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Land in Sungai Pinang for LRT station never intended for housing development, says Chow

  • Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025